Klimov RD-33MK
Klimov RD-33MK

Klimov RD-33MK

Klimov RD-33 adalah sebuah enjin jet turbin kipas yang dipasang pada jet pejuang ringan iaitu Mikoyan MiG-29 dan CAC/PAC JF-17 Thunder. Ia dibangunkan di OKB-117 yang diketuai oleh S. P. Izotov (kini OAO Klimov) bermula pada 1968 di mana pengeluaran bermula pada tahun 1981. Generasi terdahulu pesawat pejuang supersonik Rusia seperti MiG-21 dan MiG-23 menggunakan enjin turbin jet, akan tetapi pesawat pejuang Barat seperti F-111 dan F-4K mula menggunakan turbin kipas pembakaran lepas pada tahun 1960an yang mana lebih cekap. RD-33 merupakan enjin turbin kipas pembakaran lepas pertama yang dikeluarkan oleh syarikat Klimov dari Rusia dalam kelas tujahan 8,000 hingga 9,000 kilograms-force (78,000 hingga 88,000 N; 18,000 hingga 20,000 lbf). Ia memiliki sebuah rekabentuk aci berkembar modular dengan bahagian-bahagian individu yang boleh digantikan secara berasingan.

Rujukan

WikiPedia: Klimov RD-33MK http://www.strategypage.com/htmw/htproc/articles/2... http://www.leteckemotory.cz/motory/rd-33 http://www.airwar.ru/enc/engines/rd33.html http://klimov.ru/f/download/press-kit/2100054687/2... http://www.klimov.ru/en/production/aircraft/RD-33-... http://www.klimov.ru/en/production/aircraft/RD-33M... http://www.klimov.ru/en/production/aircraft/SMR-95... http://www.klimov.ru/en/production/aircraft/tvn/ https://www.uecrus.com/eng/products/military_aviat... https://web.archive.org/web/20090826180346/http://...